October 3, 2009
SETELAH mendapati cincin mereka dalam tong sampah di bilik hotel tersebut, tetiba apabila dipandang di atas meja sisi katil, terpandanglah cincin yang mereka beli di Bazar. Pelik bin Ajaiab, tadi tak nampak pun. Namun kini ada pulak? Kebetulan bilik penulis tidak jauh dari bilik pasangan tersebut. Mereka meinta nasihat dari penulis dan menceritakan pengalaman yang dilalui oleh mereka. Katanya lagi sepanjang malam, tidur mereka tidak nyenak. Kenapalah ye?
Penulis menasihatkan mereka agar tidak mengusik cincin tersebut dan membiarkan di atas meja sisi katil. Lebih baik jangan bawa balik ke Malaysia, takut perkara yang bukan-bukan akan berlaku. Sewaktu di Airport, si isteri pasangan terkejut dan menceritakan kepada si suaminya bahawa batu blue-eyes yang digantung di beg tangannya sepanjang lawatan ke turki telah berubah tempat! Katanya kalau taidak silap, dia menggantungkannya di bahagian depan beg tangannya, tapi dah berubah di bahagian belakang pulak?
Mungkin pembaca belum tahu apa itu batu blue eyes? Cuba cari di Google. Maka akan tersenarai gambar-gambarnya seperti yang di tunjukkan di bawah ini.


May 29, 2009
BARU-BARU ni seorang teman bersama isterinya bercuti di Turki. Mereka sempat membeli belah di Grand Bazaar di Istanbul. Kerana tertarik dengan sebentuk cincin bertatahkan permata. Mereka pun membelinya. Sewaktu proses membeli, penjual cincin telah mengesahkan batu permata dengan memanaskan dengan pemetik api. Lantas disebabkan teruja dengan kecantikan cincin tersebut, mereka pun membelinya dan kembali ke hotel penginapan. Sewaktu pagi hari kepulangan, si isteri begitu hairan kerana cincin yang dibeli telah hilang di bilik hotel. Mereka pun sibuk mencarinya, sehinggakan katil dialihkan ke tempat lain, namun tidak jumpa cincin tersebut. Satu bilik telah digeledah, tak juga jumpa cincin tersebut. Si isteri pun terlihat tong sampah. Maka diselongkar tong sampah tersebut, namun yang peliknya cincin yang dibawa dari Malaysia berada di dalam tong samapah tersebut!!! Hairan bin ajaib!!! Mereka hampir kecewa …. (bersambung)
January 30, 2009
Rice milling generates a by product know as husk . This surrounds the paddy grain. During milling of paddy about 78 % of weight is received as rice , broken rice and bran .Rest 22 % of the weight of paddy is received as husk . This husk is used as fuel in the rice mills to generate steam for the parboiling process . This husk contains about 75 % organic volatile matter and the balance 25 % of the weight of this husk is converted into ash during the firing process , is known as rice husk ash ( RHA ). This RHA in turn contains around 85 % – 90 % amorphous silica.
http://www.ricehuskash.com/details.htm
Free Digital Info: http://www.smartho.com/blog/
January 29, 2009
noor kumin komat: 19 Jan 2009 | Bro, saya ada 3 pohon serai wangi yang berbunga. Saya ada baca dari blog bro, kalau ada serai wangi berbunga maknanya ada batu bawah dia. Macam mana nak ambil batu ni bro.
——————
jue shah :: Jan 16, 2009 | Assalamualaikum. Saya ada baca web tuan berkenaan batu serai wangi ni. Saya mohon pertolongan tuan, kiranya tuan dapat berikan saya no. telefon bagi pak bomoh yang mengambil batu serai ni . Tempat serai wangi berbunga di Port Dickson, Negeri Sembilan. Pokok serai ni dah beberapa kali berbunga, kami tak tahu macam mana nak mengambilnya. Bila go surfing, terbaca web tuan. Jasa baik tuan amat saya hargai.
Jawapan: [putrakaca@gmail.com]
Bukan senang nak mengambil batu serai. Kata Tok bomoh bilamana saya bertanya kepada beliau. Katanya perlu ilmu pengetahuan yang tinggi kerana melibatkan perkara yang kita tidak boleh nampak. Nak berguru mungkin lama nak jadi pandai, maka jalan pintas hanyalah bayar servis yang dioffer oleh Tok Bomoh. Ekpedisi Batu Serai Putrajaya yang kami lakukan juga melibatkan kos. Kata orang haya udara sahaja yang masih free, sedangkan yang lain berbayor.
Memang jarang pokok serai berbunga, namun kata Tok Bomoh jika serai berbunga maka ada tandanya bebatuan kristal ada di bawah pokok serai. Jika tidak ada ilmu, kalau main cabut aje takkan ade. Hakikatnya ia ada kat situ cuma kita takkan nampak sebab ada “makhluk” yang menyembunyikannya. Maka setelah hijab atau tirai dibuka maka akan nampaklah permata kristal serai tersebut. Sila baca ekspedisi kami terdahulu. Telefon Tok Bomoh saya dapatkan dari seorang rakan, dia yang urusan appointment dengan Tok Bomoh tersebut. Maaf saya tak de nombor tersebut.
putrakaca@gmail.com
January 22, 2009
TERBARU!!!! Kini Video CD yang ditunggu-tunggu telah pun berada dipasaran. Saksikanlah sendiri bagaimana “kristal” terbit dari ibu jari kaki kiri gadis ini. Video CD ini mengimbau kehangatan berita “Gadis Kristal” dan menyingkap kebenaran di sebalik keistimewaannya. Hubungi terus Siti Suhana di Tel: 06-5531107 atau 017-6288541. Video CD diterbitkan oleh Zagros Production.
November 28, 2008


KAMI berkesempatan melawat ke rumah Gadis Kristal Siti Suhana di Alor Gajah pada 20 November 2008 yang lalu, sewaktu perjalanan kami balik dari bertugas di Melaka. Kami disambut oleh ibunya Puan Kamariah serta dua adik lelakinya dan seperti kelazimannya kami dipertontonkan dengan koleksi ‘kristal’ yang semakin bertambah banyak. Jika dulu, geguli kristal hanya 4 kini dah banyak lebih dari 6 biji.

Lain-lain bermacam-macam saiz, bentuk dan warna, seperti 2 gambar besar di atas untuk tatapan semua. Sempat juga kami dipertontonkan video bagaimana bebiji kaca keluar dari ibu jari kaki kanan. Nampak darah dan bonjolan bebiji kaca yang akan keluar. Macam tak percaya, namun itulah hakikatnya. Tidak mustahil berlaku jika itu yang dikehendaki olehNya. Khabarnya koleksi cerita, liputan akhbar dan gambar serta video dalam bentuk CD akan menyusul kemudian untuk edaran penggemar cerita misteri. Kita tunggulah pelancaran CD Siti Suhana itu.
Saya baru terjumpa link berita Siti Suhana di website vietnam. !! bertarikh 26/6/2008.
October 11, 2008
Baru-baru ini iaitu minggu lepas (7 Oktober 2008) saya berkesempatan menelefon Gadis Kristal iaitu Siti Suhana Saadon (lihat gambar masthead di atas) yang telah menggemparkan seluruh negara dan Asia mengenai keluarnya kaca dari celah ibu jari kakinya. Katanya objek-objek kaca berwarna biru masih keluar dari kakinya. Macam tidak mahu berhenti proses tersebut. Malahan objek kaca yang telah keluar sebelum ini telah diikat menjadi rantai tangan.
Kajian fizik sebelum ini mengesahkan objek-objek tersebut adalah kaca. Persoalannya yang masih belum terjawab, adakah Siti Suhana mampu menghasilkan objek-objek kaca dari kakinya? Satu analogi seperti batu kristal serai wangi, adakah setiap pokok serai wangi mampu menghasilkan batu kristal? Sila baca posting terdahulu pengalaman penulis dalam operasi batu kristal serai wangi di Putrajaya. Memang membingungkan jika dilihat dari dunia fizikal, namun jika ditinjau dari dunia yang kita tidak mampu melihatnya, kemungkinan memang ada. Lihatlah sendiri bagaimana santau atau susuk berlaku. Kita akan buat ulasan diposting akan datang. Sabar.
July 25, 2008
PERISTIWA ini benar-benar saya lihat dengan mata saya sendiri. Sewaktu itu saya masih menjadi pelajar kursus Matrikulasi di salah sebuah sekolah terkenal di Kuala Lumpur. Kawan sekuliah dan sekursus dan sekuliah yang saya kenalkan sebagai Y berasal dari Banting, Selangor. Kami sedorm dan menjadi rakan baik. Y selalu mengadu kesakitan dan nampak agak kurang bermaya untuk mengikuti kuliah seharian. Satu petang, kalau tidak silap petang Rabu, atas arahan warden asrama, bersama pemandu van, saya dan Y ke rumah seorang Bomoh atau dukun di Jalan Kokren (?), macam tulah bunyi nye. Lupa sebutannya sebab dah berzaman lamanya.
Sesampai di rumah tok bomoh, Y diubati oleh tok bomoh tersebut. Kata tok bomoh, ada orang dengki kat Y. Bahu belakang Y di ketuk-ketuk oleh tangan tok bomoh tersebut. Dalam keadaan mengiring dan sehelai kain hitam di letak di bawah dada Y. Setelah diketuk-ketuk, maka muncullah butiran halus berkilau di dada Y dan ada yang jatuh di kain hitam tersebut. Masa tu, saya tak tahu tentang buatan orang ke atau pun entah apa-apa. Tok bomoh mengambil lampu suluh sambil memadamkan lampu ruang tamu. Suluhan lampu picit tersebut keatas butiran berkilauan mengesahkan bahawa butiran halus tersebut adalah kaca!!!
Persoalannya bagaimana kaca tersebut keluar dari dada Y? Adakah Y berupaya menghasilkan serbuk-serbuk kaca yang halus tersebut? Kini setelah bertahun lamaya menyelidiki bahan kaca, saya membuat kesimpulan TIDAK MUNGKIN, kawan saya Y dapat menghasilkan serbuk kaca tersebut kerana untuk menghasilkan kaca memerlukan suhu yang tinggi melebihi 600 darjah Celsius!
Jika anda ada cerita kisah benar dunia misteri kaca, emailkan kepada saya di admin@sclway.com. Cerita yang terbaik bakal memenangi cenderahati eksklusif dari saya dan tersiar dalam blog misteri kaca ini.
July 15, 2008
Berikut adalah peratusan pengunjung blog Misteri Kristal | Selangkah Ke Alam Misteri.
SEBAIK sahaja melihat 40 biji kristal serai wangi muncul dari dalam tanah iaitu bekas tanah dimana serai wangi dicabut, serta muncul dari kiraian atau celah-celah pokok serai yang dicerai-ceraikan, maka penulis pun membuat temubual ringkas dengan Tok Bomoh dari Sejangkang tu. Maka apabila ditanya, dari manakah permata atau krital serai wangi tersebut muncul, lantas Tok Bomoh pun menyatakan samada saya nampak 2 atau 3 ‘rakan’nya yang berdiri di belakangnya. Saya menjawab “tak nampak apa pun”, cuma kegelapan malam.
Tok Bomoh pun menawarkan diri samaada saya nak melihat ‘rakannya’ atau tidak? Kalau anda berada di tempat saya apa yang anda nak jawab samaada terima atau tidak! Setelah memikirkan dengan pantas, maka dengan hormatnya saya menolak tawaran tersebut. Buat apalah nak susahkan diri nak melihat ‘rakan-rakan’ pengiringnya yang menurutnya hanya dia dan orang-orang tertentu dapat melihatnya. Nak percaya atau tidak?
Bagi saya mungkin boleh percaya. Lakukan eksperimen fizik yang ringkas ini. Cuba lihat cermin kereta yang di ‘tinted’ maka kita lihat cuma warnanya sedikit hitam dan lutsinar sahaja. Dan sekarang cubalah pakai cermin mata hitam ‘Rayban’ atau ‘yang ada kesan ‘polaroid’, maka sudah tentulah anda akan nampak warna berbelang-belang macam pelangi atau garisan-garisan perekat yang zahir macam tak ada sebab kita tidak nampak! Ianya ada di situ tapi kita tidak nampak jika kita melihat menggunakan mata kasar atau oarang puteh kata ‘naked eye’. Tak percaya cuba buat sendiri eksperimen tersebut. Nanti saya berikan gambar eksperimen saya tu dalam edisi akan datang. Tunggu.
Berbalik kepada misteri kristal serai wangi tersebut, maka saya tanya anda, jika anda cabut serai wangi di depan rumah anda adakah akan muncul permata-permata serai wangi tersebut! Adakah mungkin serai wangi akan mampu menghasilkan kristal atau permata yang memelukan suhu dan tekanan yang tinggi bagi membuatnya. Atau sekadar ilusi atau Hang fikirkanlah sendiri….
putrakaca@gmail.com