BARU-BARU ni seorang teman bersama isterinya bercuti di Turki. Mereka sempat membeli belah di Grand Bazaar di Istanbul. Kerana tertarik dengan sebentuk cincin bertatahkan permata. Mereka pun membelinya. Sewaktu proses membeli, penjual cincin telah mengesahkan batu permata dengan memanaskan dengan pemetik api. Lantas disebabkan teruja dengan kecantikan cincin tersebut, mereka pun membelinya dan kembali ke hotel penginapan. Sewaktu pagi hari kepulangan, si isteri begitu hairan kerana cincin yang dibeli telah hilang di bilik hotel. Mereka pun sibuk mencarinya, sehinggakan katil dialihkan ke tempat lain, namun tidak jumpa cincin tersebut. Satu bilik telah digeledah, tak juga jumpa cincin tersebut. Si isteri pun terlihat tong sampah. Maka diselongkar tong sampah tersebut, namun yang peliknya cincin yang dibawa dari Malaysia berada di dalam tong samapah tersebut!!! Hairan bin ajaib!!! Mereka hampir kecewa …. (bersambung)


