Baru-baru ini iaitu minggu lepas (7 Oktober 2008) saya berkesempatan menelefon Gadis Kristal iaitu Siti Suhana Saadon (lihat gambar masthead di atas) yang telah menggemparkan seluruh negara dan Asia mengenai keluarnya kaca dari celah ibu jari kakinya. Katanya objek-objek kaca berwarna biru masih keluar dari kakinya. Macam tidak mahu berhenti proses tersebut. Malahan objek kaca yang telah keluar sebelum ini telah diikat menjadi rantai tangan.
Kajian fizik sebelum ini mengesahkan objek-objek tersebut adalah kaca. Persoalannya yang masih belum terjawab, adakah Siti Suhana mampu menghasilkan objek-objek kaca dari kakinya? Satu analogi seperti batu kristal serai wangi, adakah setiap pokok serai wangi mampu menghasilkan batu kristal? Sila baca posting terdahulu pengalaman penulis dalam operasi batu kristal serai wangi di Putrajaya. Memang membingungkan jika dilihat dari dunia fizikal, namun jika ditinjau dari dunia yang kita tidak mampu melihatnya, kemungkinan memang ada. Lihatlah sendiri bagaimana santau atau susuk berlaku. Kita akan buat ulasan diposting akan datang. Sabar.


