Misteri Kristal


July 25, 2008

Kisah Benar!!!! Kaca keluar dari Dada

Category: Misteri Kaca – Admin – 11:44 am

PERISTIWA ini benar-benar saya lihat dengan mata saya sendiri. Sewaktu itu saya masih menjadi pelajar kursus Matrikulasi di salah sebuah sekolah terkenal di Kuala Lumpur. Kawan sekuliah dan sekursus dan sekuliah yang saya kenalkan sebagai Y berasal dari Banting, Selangor.  Kami sedorm dan menjadi rakan baik. Y selalu mengadu kesakitan dan nampak agak kurang bermaya untuk mengikuti kuliah seharian. Satu petang, kalau tidak silap petang Rabu, atas arahan warden asrama, bersama pemandu van, saya dan Y ke rumah seorang Bomoh atau dukun di Jalan Kokren (?), macam tulah bunyi nye.  Lupa sebutannya sebab dah berzaman lamanya.

Sesampai di rumah tok bomoh, Y diubati oleh tok bomoh tersebut. Kata tok bomoh, ada orang dengki kat Y.  Bahu belakang Y di ketuk-ketuk oleh tangan tok bomoh tersebut.  Dalam keadaan mengiring dan sehelai kain hitam di letak di bawah dada Y.  Setelah diketuk-ketuk, maka muncullah butiran halus berkilau di dada Y dan ada yang jatuh di kain hitam tersebut. Masa tu, saya tak tahu tentang buatan orang ke atau pun entah apa-apa. Tok bomoh mengambil lampu suluh sambil memadamkan lampu ruang tamu. Suluhan lampu picit tersebut keatas butiran berkilauan mengesahkan bahawa butiran halus tersebut adalah kaca!!!

Persoalannya bagaimana kaca tersebut keluar dari dada Y? Adakah Y berupaya menghasilkan serbuk-serbuk kaca yang halus tersebut?  Kini setelah bertahun lamaya menyelidiki bahan kaca, saya membuat kesimpulan TIDAK MUNGKIN, kawan saya Y dapat menghasilkan serbuk kaca tersebut kerana untuk menghasilkan kaca memerlukan suhu yang tinggi melebihi 600 darjah Celsius!

Jika anda ada cerita kisah benar dunia misteri kaca, emailkan kepada saya di admin@sclway.com. Cerita yang terbaik bakal memenangi cenderahati eksklusif dari saya dan tersiar dalam blog misteri kaca ini.

July 15, 2008

Pelawat Blogs sehingga kini

Category: Visitor – Admin – 2:48 pm
Berikut adalah peratusan pengunjung blog Misteri Kristal | Selangkah Ke Alam Misteri.
  Malaysia Malaysia  [74%]
  Indonesia Indonesia  [7%]
  United States United States  [7%]
  Ireland Ireland  [2%]
  Norway Norway  [2%]
  Canada Canada  [2%]
  Singapore Singapore  [2%]
  Thailand Thailand  [2%]
Sehingga 18 Julai 2008
  Malaysia Malaysia  [76%]
  Indonesia Indonesia  [7%]
  United States United States  [7%]
  Ireland Ireland  [2%]
  Norway Norway  [2%]
  Canada Canada  [2%]
  Singapore Singapore  [2%]

* sehingga 15 Julai 2008.

Terima kasih kepada semua pengunjung . Email putrakaca@gmail.com jika ada cerita atau maklumat yang hendak dikongsi atau sekadar bertanya.

Lanjutan Kisah Ekplorasi Kristal Serai Wangi II Putrajaya

Category: Misteri Kristal Serai Wangi – Admin – 2:41 pm

SEBAIK sahaja melihat 40 biji kristal serai wangi muncul dari dalam tanah iaitu bekas tanah dimana serai wangi dicabut, serta muncul dari kiraian atau celah-celah pokok serai yang dicerai-ceraikan, maka penulis pun membuat temubual ringkas dengan Tok Bomoh dari Sejangkang tu. Maka apabila ditanya, dari manakah permata atau krital serai wangi tersebut muncul, lantas Tok Bomoh pun menyatakan samada saya nampak 2 atau 3 ‘rakan’nya yang berdiri di belakangnya. Saya menjawab “tak nampak apa pun”, cuma kegelapan malam.

Tok Bomoh pun menawarkan diri samaada saya nak melihat ‘rakannya’ atau tidak? Kalau anda berada di tempat saya apa yang anda nak jawab samaada terima atau tidak! Setelah memikirkan dengan pantas, maka dengan hormatnya saya menolak tawaran tersebut. Buat apalah nak susahkan diri nak melihat ‘rakan-rakan’ pengiringnya yang menurutnya hanya dia dan orang-orang tertentu dapat melihatnya. Nak percaya atau tidak?

Bagi saya mungkin boleh percaya. Lakukan eksperimen fizik yang ringkas ini. Cuba lihat cermin kereta yang di ‘tinted’ maka kita lihat cuma warnanya sedikit hitam dan lutsinar sahaja. Dan sekarang cubalah pakai cermin mata hitam ‘Rayban’ atau ‘yang ada kesan ‘polaroid’, maka sudah tentulah anda akan nampak warna berbelang-belang macam pelangi atau garisan-garisan perekat yang zahir macam tak ada sebab kita tidak nampak! Ianya ada di situ tapi kita tidak nampak jika kita melihat menggunakan mata kasar atau oarang puteh kata ‘naked eye’. Tak percaya cuba buat sendiri eksperimen tersebut. Nanti saya berikan gambar eksperimen saya tu dalam edisi akan datang. Tunggu.

Berbalik kepada misteri kristal serai wangi tersebut, maka saya tanya anda, jika anda cabut serai wangi di depan rumah anda adakah akan muncul permata-permata serai wangi tersebut! Adakah mungkin serai wangi akan mampu menghasilkan kristal atau permata yang memelukan suhu dan tekanan yang tinggi bagi membuatnya. Atau sekadar ilusi atau Hang fikirkanlah sendiri….

putrakaca@gmail.com

July 12, 2008

Misteri Kristal Air!

Category: Kristal Sana Sini – Admin – 5:43 am

JIKA anda menggunakan enjin carian Google dan mencari “kristal air”, pastinya anda akan menjumpai lebih dari satu juta maklumat mengenainya. Tokoh yang tidak asing pada peminat kristal air pasti mengenali Dr. Masaru Emoto, yang lahir di Yokohama tahun 1943. Beliau merupakan seorang doktor pengobatan alternatif yang berusaha untuk mencari misteri yang terdapat dalam air atau tepatnya kristal-kristal air. Kajian beliau mendapati setitik air yang dibekukan dibawah -23 darjah celcius, jika dilihat dengan mikroskop berbentuk kristal-kristal yang terbentuk dari molekul H2O yang membeku, dan anehnya menurut Mr. Emoto ini, bentuk kristal akan berbeza bentuk dan saiznya. Pelbagai corak yang menarik dapat dilihat dibwah mikroskop, sudah tyentu;ah yang mempunyai resolusi yang amat tinggi.

Gambar dan video melalui YouTube yang saya lihat serta komentar Dr Emoto itu, beliau menyatakan kesan resonan yang menyebabkan pelbagai corak terhasil. Menurut beliau air dapat “mendengar” dan “mematuhi” arahan-arahan yang ditujukan kepada air tersebut. Tenaga dapat disampaikan ke dalam air tersebut. Adakah ini bersamaan dengan Air yang bertenaga yang sering diwar-warkan oleh pengamal perubatan homopati?

Menurut Mr. Emoto lagi, beliau yakini bahwa tenaga fikiran kitalah yang mempengaruhi air tersebut. Ketika kita menuliskan sesuatu, maka tulisan itupun menggerakkan tenaga  fikiran, kehendak dan tenagai batin kita yang nantinya mempengaruhi air tersebut.

Oleh yang demikian kita semakin lebih yakin tentang doa yang perlu dibaca sebelum mengerjakan segala sesuatu sebagaimana disuruh oleh Nabi kita. Karena dengan doa yang kita ucapkan, akan menententeramkan tubuh, fikiran dan jiwa kita yang hampir 70-80% mengandung unsur air.

July 9, 2008

Asal-usul batu permata! Analisa Saintifik

Category: kristal – Admin – 4:19 pm

Batu permata

Dari manakah asal batu permata? Seperti namanya, permata adalah sejenis batu yang terdiri daripada karbon pekat. Ia terbentuk jauh di dalam bumi yang mengalami tekanan kuat menyebabkan atom-atom karbon membentuk kristal. Batu berbentuk kristal itu terkeluar ke permukaan bumi akibat letusan gunung berapi dan ia boleh ditemui di dalam batu-batu gunung berapi yang dikenali sebagai ‘kimberlite’ dan ‘lamproite’. Batu permata disifatkan oleh masyarakat dunia sebagai sangat berharga kerana ia adalah batu yang paling keras di bumi ini.

 

Pada abad ke-16 manusia tidak pernah terfikir bahawa batu permata mempunyai kilauan dan cahaya yang cantik. Apabila saintis menyedari kegunaan cahaya barulah mereka mengetahui bahawa batu permata mempunyai kilauan dan cahaya yang terang. Kelajuan cahaya dalam batu permata ialah 186,000 sesaat tetapi ia akan bergerak perlahan kira-kira 80,000 batu sesaat apabila melalui rintangan. Cahaya batu permata boleh terbias dan terpantul serta terpecah menghasilkan warna-warna pelangi, yang menyebabkan ia berkilauan. Bagaimanapun kilauan batu permata sebenarnya bergantung kepada cara ia dipotong atau dicanai.

 

myschoolnet.ppk.kpm.my/ingin_tahu/permata.htm

Analisa Kaca Gadis Kristal – Ketumpatan Bahan

Category: Penyelidikan Kaca – Admin – 4:58 am

KAMI telah mendapat kebenaran meminjam tiga sampel kaca dari adik Suhana dari Melaka yang dikhabarkan keluar dari kakinya. Pada 14 Februari 2007 yang lalu,  abang beliau setelah berbincang dengan ahli keluarganya, sudi meminjamkan sampel-sampel kaca tersebut. Analisa awal mendapti sahih lagi nyata sampel-sampel tersebut sememangnya kaca, iaitu hasil kajian mudah dengan penentuan ketumpatan bahan. Ketumpatan (density) adalah sifat fizik yang paling mudah untuk diukur iaitu nisbah antara berat dan isipadu. Air mempunyai ketumpatan 1 g/cc, manakala ais kurang dari nilai tersebut. Oleh sebab itu ais timbul bila dimasukkan ke dalam air,  walau pada zahirnya macam batu dan berat, tetapi ketumptannya kurang berbanding dengan air.

Mungkin agak bingung kenapa bila berlaku kebakaran yang melibatkan minyak, kebakaran itu tidak boleh disiram dengan pancutan air. Ini adalah kerana air lebih tumpat dari minyak, maka apabila disiram dengan air, minyak akan sentiasa berada di atas dan bertambah maraklah kebakaran tersebut. Alternatifnya baik disembur dengan buih-buih gas yang agak kurang tumpat berbanding minyak dan air! Berbalik dengan sampel kaca adik Suhana, memang kesemuanya mempuyai ketumpatan melebihi 2 g/cc. Kajian ini menolak tanggapan bahawa benda yang keluar dari kaki adik Suhana adalah bendalir atau darah yang membeku.

Manakala sampel yang kami bawa pulang ke UPM, turut dikaji secara komprehensif dari kajian ciri fizikal hingga menggunakan teknologi SEM iaitu imbasan mikroskop elektron. Hasil dan analisa kandungan semenangnya mempunyai kandungan atom-atom yang lazim ada dalam kaca yang kita gunakan samada cermin muka. kanta atau gelas minuman.

Namun ciri imbasan bahan bagi sampel serpihan kaca adik Suhana begitu pelik kerana ada struktur yang luar biasa yang tidak terdapat pada kaca lain. Kenapa, bagaimana dan apakah fenomena tersebut. Tunggu untuk ulasan dan laporan akan datang.

PUTRAKACA@gmail.com 09-07-08

 

July 3, 2008

Istana Permata Serai Wangi

Category: Nostalgia Kristal – Admin – 2:59 pm

Cerita dari pengalaman pembaca. Kalau ikut pak kiyai (java) ( means- ulamak) tempat abg din tinggal ni..dia amat berhati2 kalau ada orang datang jumpa dengannya bertanyakan hal batu serai ni…katanya dalam batu itu ibarat sebuah bandar orang halus, ada rumah, ada taman ada kenderaan..lebih kurang macam KL la…so boleh bayangkanla kita kelek ke hulu ke hilir sebiji batu yang isinya sebuah bandar…kalau dia tau ada orang pakai batu cincin sama ada buat cincin atau loket dia suruh tanggalkan.., kerana menurutnya ianya seolah2 kita berkawan dengan jin tanpa kita sedari ..sedangkan keujudan kita lebih mulia dari jin dan dikhuatiri akan membawa bencana ke atas si pemakainya …dan boleh membawa kepada syirik jika percaya kepada kehebatan batu tersebut.. Cara dia orang amik batu tupun..(tabur beras, jampi serapah) dah diragui…

Kawan abg din pun ada pakai cincin batu serai ni…dia kata kawan dia hadiahkan padanya..amik kat rumpun serai wangi ( yang macam Ju ceritakan ) tapi kali ni batu ni dah complete dengan cincinnya sekali..banyak woo..siap ada loket, gelang dan lain-lain yang berkilau-kilau macam emas katanya..berapa ko tebus? Aku tengok je..tak bayar pun, kengkawan aku kena bayar sorang RM200.00 pada pada bomoh tersebut sebagai upah sedut batu tersebut dari rumpun serai tu..berapa orang ko buat? tanya abg din lagi..10 orang katanya. So bomoh tu dapat RM2000.00 dalam sekelip mata. tapi yang peliknya , cicncin tu nampak macam cincin yang harga 50 sen yang dijual dengan gula2 masa kecik2 dulu..macam cincin plastik yang berkrom kilat..pas tu bila lama di pakai kromya akan mengelupas..heheheh

Nak percaya susah, tak percaya pun susah…just nak bertukar2 pengalaman..

Sumber: http://groups.yahoo.com/group/tamanflora/message/17535

KISAH ini hampir sama seperti pengalaman SCLWAY.COM . Tunggulah kisah kami pulak.

Pemata Serai keluar dari telapak tangan!!!

Category: Misteri Kristal Serai Wangi – Admin – 2:44 pm

MASIH lagi bercerita pengalaman sewaktu eksplorasi Kristal Serai Wangi. Wak Tok Bomoh melurutkan bebunga serai wangi dan meramas-ramas tangannya dan apabila dibuka tangannya terkeluar permata serai wangi yang berwarna kemerahan. Adakah ia magik? Hal itu dialami sendiri oleh penulis. Gambar permata serai wangi akan dimuatkan tidak lama lagi.

Satu lagi, seorang Makcik yang rasa tidak puas hati kerana kumpulannya hanya berjaya mengambil kira-kira 25 permata serai sedangkan kumpulan kami berjaya mengambil 40 biji permata serai wangi, turut terpegun apabila sewaktu Wak Bomoh dari Sejangkang Klang hendak meninggalkan kawasan kolam ikan di Pinggiran Putra Jaya, sempat meminta sesuatu dari Wak Bomoh. Tanpa menghampakan harapan Makcik tersebut, beliau mengambil bunga serai wangi yang tercampak ditanah laluan ke keretanya dan meramas-ramas dan kemudian apabila beliau membuka tangannya tersembullah permata serai berwarna puteh. Agaknya sapa yang menukar bunya serai menjadi permata serai wangi. Tidak mungkin dalam sekelip mata berlaku transformasi tersebut. Logiknya tentulah memakan masa yang lama, suhu tinggi serta tekanan yang tinggi. Hasil pembacaan dan pengalaman saya, untuk menjadikan grafit pensil menjadi intan, perlu tekanan dan suhu yang tinggi !!!!  Hang fikirkanlah sendiri.

PUTRAKACA@gmail.com

July 2, 2008

Persoalan yang masih belum terjawab? Misteri Kristal

Category: Misteri Kristal Serai Wangi – Admin – 9:56 am

BAYANGKAN jika Tok Bomoh mengambil 2 batang dahan kayu yang dipotong dan diletakkan dalam kain hitam dan ditinggalkan disebelah pokok serai. Beberapa minit kemudian setelah ditinggalkan dan dijampi serapah, apabila didekati semula kayu-kayu tersebut menjadi dua bilah keris kayu yang siap terukur dan kata Tok Bomoh lagi, ianya adalah RAJA KAYU… Persoalan bagaimana transformasi tersebut berlaku? Nak lihat keris tersebut, sila mainkan semula petikan klip ini. Hang fikirkanlah sendiri.

Misteri Kristal Serai Wangi

You need to upgrade your Flash Player to at
least version 8 to view this video content.

Click here to download the latest version of Flash Player.