KAMI telah mendapat kebenaran meminjam tiga sampel kaca dari adik Suhana dari Melaka yang dikhabarkan keluar dari kakinya. Pada 14 Februari 2007 yang lalu, abang beliau setelah berbincang dengan ahli keluarganya, sudi meminjamkan sampel-sampel kaca tersebut. Analisa awal mendapti sahih lagi nyata sampel-sampel tersebut sememangnya kaca, iaitu hasil kajian mudah dengan penentuan ketumpatan bahan. Ketumpatan (density) adalah sifat fizik yang paling mudah untuk diukur iaitu nisbah antara berat dan isipadu. Air mempunyai ketumpatan 1 g/cc, manakala ais kurang dari nilai tersebut. Oleh sebab itu ais timbul bila dimasukkan ke dalam air, walau pada zahirnya macam batu dan berat, tetapi ketumptannya kurang berbanding dengan air.
Mungkin agak bingung kenapa bila berlaku kebakaran yang melibatkan minyak, kebakaran itu tidak boleh disiram dengan pancutan air. Ini adalah kerana air lebih tumpat dari minyak, maka apabila disiram dengan air, minyak akan sentiasa berada di atas dan bertambah maraklah kebakaran tersebut. Alternatifnya baik disembur dengan buih-buih gas yang agak kurang tumpat berbanding minyak dan air! Berbalik dengan sampel kaca adik Suhana, memang kesemuanya mempuyai ketumpatan melebihi 2 g/cc. Kajian ini menolak tanggapan bahawa benda yang keluar dari kaki adik Suhana adalah bendalir atau darah yang membeku.
Manakala sampel yang kami bawa pulang ke UPM, turut dikaji secara komprehensif dari kajian ciri fizikal hingga menggunakan teknologi SEM iaitu imbasan mikroskop elektron. Hasil dan analisa kandungan semenangnya mempunyai kandungan atom-atom yang lazim ada dalam kaca yang kita gunakan samada cermin muka. kanta atau gelas minuman.
Namun ciri imbasan bahan bagi sampel serpihan kaca adik Suhana begitu pelik kerana ada struktur yang luar biasa yang tidak terdapat pada kaca lain. Kenapa, bagaimana dan apakah fenomena tersebut. Tunggu untuk ulasan dan laporan akan datang.
PUTRAKACA@gmail.com 09-07-08


