Misteri Kristal


July 3, 2008

Istana Permata Serai Wangi

Category: Nostalgia Kristal – Admin – 2:59 pm

Cerita dari pengalaman pembaca. Kalau ikut pak kiyai (java) ( means- ulamak) tempat abg din tinggal ni..dia amat berhati2 kalau ada orang datang jumpa dengannya bertanyakan hal batu serai ni…katanya dalam batu itu ibarat sebuah bandar orang halus, ada rumah, ada taman ada kenderaan..lebih kurang macam KL la…so boleh bayangkanla kita kelek ke hulu ke hilir sebiji batu yang isinya sebuah bandar…kalau dia tau ada orang pakai batu cincin sama ada buat cincin atau loket dia suruh tanggalkan.., kerana menurutnya ianya seolah2 kita berkawan dengan jin tanpa kita sedari ..sedangkan keujudan kita lebih mulia dari jin dan dikhuatiri akan membawa bencana ke atas si pemakainya …dan boleh membawa kepada syirik jika percaya kepada kehebatan batu tersebut.. Cara dia orang amik batu tupun..(tabur beras, jampi serapah) dah diragui…

Kawan abg din pun ada pakai cincin batu serai ni…dia kata kawan dia hadiahkan padanya..amik kat rumpun serai wangi ( yang macam Ju ceritakan ) tapi kali ni batu ni dah complete dengan cincinnya sekali..banyak woo..siap ada loket, gelang dan lain-lain yang berkilau-kilau macam emas katanya..berapa ko tebus? Aku tengok je..tak bayar pun, kengkawan aku kena bayar sorang RM200.00 pada pada bomoh tersebut sebagai upah sedut batu tersebut dari rumpun serai tu..berapa orang ko buat? tanya abg din lagi..10 orang katanya. So bomoh tu dapat RM2000.00 dalam sekelip mata. tapi yang peliknya , cicncin tu nampak macam cincin yang harga 50 sen yang dijual dengan gula2 masa kecik2 dulu..macam cincin plastik yang berkrom kilat..pas tu bila lama di pakai kromya akan mengelupas..heheheh

Nak percaya susah, tak percaya pun susah…just nak bertukar2 pengalaman..

Sumber: http://groups.yahoo.com/group/tamanflora/message/17535

KISAH ini hampir sama seperti pengalaman SCLWAY.COM . Tunggulah kisah kami pulak.

June 15, 2008

Gadis Malaysia Keluarkan Berlian, Emas dan Permata dari Mulut

Category: Nostalgia Kristal – Admin – 9:08 am

Seorang gadis berusia 20 tahun di Malaysia memiliki kelebihan mengeluarkan benda-benda seperti berlian, permata dan emas dari mulutnya. Karena kelebihannya itu, gadis itu dijuluki “Puteri Berlian.” Ia mengatakan, kejadian aneh itu sebagai anugerah Tuhan.

Farah Izzati Mohamad Sani di rumahnya di Taman Rakyat, Jalan Sultanah mengatakan, kelebihan luar biasa itu terjadi setelah dia secara tiba-tiba bisa mengobati berbagai jenis penyakit. Katanya, semua itu terjadi setelah dua tahun ia menderita penyakit misterius saat ia berusia 11 dan 12 tahun.

“Sejak itu saya bukan saja bisa mengobati orang, tetapi juga mempunyai kelebihan lain mengeluarkan berbagai jenis benda dari mulut saya, termasuk ayat-ayat suci al Quran. Ini memang sulit dijelaskan. Karenanya saya ingin membantu masyarakat yang butuh pertolongan dengan mengobati penyakit mereka,” katanya.

Menurutnya, dalam tempo sebulan, lebih 10 kali dia mengeluarkan barang berharga itu yang jumlah dan waktunya tidak menentu. Dalam kejadian terbaru kemarin, dia mengeluarkan dari mulutnya satu set barang emas yakni rantai dan gelang emas.

Namun jelas gadis itu, dia tidak mengobati pasiennya dengan menggunakan batu-batu permata yang keluar dari mulutnya tetapi dengan bantuan “Pak Sheikh” yang katanya dilihatnya saat ia menderita sakit misterius dulu. Sejak memiliki kelebihan mengeluarkan batu-batu permata, dia dan keluarga tidak pernah menjual barang-barang emas dan batu permata itu.

Ayahnya, Mejar (B), Mohamad Sani Ahmad (47) mengatakan, anak sulung dari tiga bersaudara itu mempunyai kelebihan yang didapatnya sejak berusia 12 tahun.

Masih di Malaysia, Siti Suhana Saadon (23) sebelumnya diberitakan mengeluarkan benda-benda seperti kristal dari ibu jari kaki kirinya. Teka-teki benda apa yang dikeluarkannya itu akhirnya terjawab. Seorang seorang pakar fisik dari Universitas Putra Malaysia (UPM) mengatakan benda itu adalah kaca.

Prof Madya Dr Sidek Ab Aziz telah melakukan pengujian untuk menentukan jenis benda yang keluar dari ibu jari kaki gadis itu. “Setelah dilakukan pengujian untuk mengetahui kepadatan benda-benda itu, kesimpulan saya ia memiliki kepadatan yang hampir sama dengan kaca. Jika diketuk, ia juga mengeluarkan bunyi yang sama seperti ketika kita mengetuk kaca,” katanya di rumah Siti Suhana.

Berdasarkan pengujian itu, Dr Sidek menolak dugaan benda-benda itu adalah nanah ataupun darah yang mengeras. Ia mengagumi fenomena itu. “Saya sangat kagum karena kejadian ini bisa menghasilkan kaca di dalam suhu kamar. Biasanya, temperatur yang dibutuhkan untuk menghasilkan kaca adalah sekitar 1.000 derajat Celsius,” katanya.

Lagi pensyarah minat buat kajian

Category: Nostalgia Kristal – Admin – 9:05 am

MELAKA 26 Jan. – Seorang pensyarah mahu menjalankan kajian bagaimana kaca yang biasanya terbentuk melalui proses pemanasan pada suhu 800 darjah Celcius boleh keluar dari ibu jari kaki seorang gadis.

Dr. Sidek Ab. Aziz dari Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, beliau juga mahu membuktikan sama ada kaca tersebut mengandungi silika, kalsium oksida dan sodium oksida yang biasa terdapat dalam kaca.

‘‘Memang menakjubkan jika benar kaca yang biasanya terbentuk melalui proses pemanasan pada suhu 800 darjah Celcius boleh keluar melalui ibu jari kaki manusia,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan minat beberapa pihak yang mahu membeli objek berupa guli kaca seakan-akan kristal yang keluar dari ibu jari kaki Siti Suhana Saadon.

Bagaimanapun, keluarga gadis itu tidak berminat menjualnya kerana tidak mahu menjadikannya sebagai satu peluang untuk sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan.

Gadis berkenaan turut ditawarkan untuk mendapatkan rawatan secara percuma di Hospital Pakar Putra di sini.

Dr. Sidek berkata, beliau juga berminat untuk mengetahui jenis kaca yang dikeluarkan gadis itu sama ada ia silika, fosfat atau borat.

Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan ujian ultra bunyi, sinar-X, fototerma dan ujian kekerasan menggunakan mesin Instron ke atas sampel-sampel kaca gadis itu.

‘‘Kebanyakan mesin ujian terletak di UPM, Serdang, justeru kita akan minta kerjasama gadis itu untuk mengikut kami ke sana,’’ katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0127&pub=utusan_malaysia&sec=dalam_negeri&pg=dn_11.htm&arc=hive

Gadis ‘kristal’ sedia diuji di rumah

Category: Nostalgia Kristal – Admin – 9:02 am

ALOR GAJAH 4 Feb. 2007 – Gadis ‘kristal,’ Siti Suhana Saadon, 23, tidak keberatan sekiranya ada pihak berhasrat mahu mengkaji objek yang keluar daripada ibu jari kaki kirinya.

Ketika ditemui di Taman Cempaka Dua, Durian Tunggal di sini, gadis tersebut memberitahu, dia tiada masalah asalkan tidak memudaratkan dirinya.

“Pakar tersebut memberitahu, ujian yang akan dijalankan hanya bagi menentukan objek berkenaan adalah kaca atau sebaliknya,” katanya.

Utusan Malaysia semalam melaporkan hasrat seorang pakar fizik dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Sidek Abdul Aziz untuk mengkaji objek tersebut pada 14 Februari ini.

Dalam pada itu, abang Siti Suhana, Rahmat Saadon, 29, berkata, kehadiran pakar fizik tersebut dialu-alukan seperti tetamu yang lain.

“Apabila orang berkunjung ke rumah, kami akan melayan mereka sebagai tetamu dengan sebaik-baiknya.

“Saya tiada masalah memandangkan mereka akan melakukan ujian di rumah, bukan di tempat lain,” ujarnya.

Pada 24 Januari lalu, Utusan Malaysia melaporkan kejadian aneh yang berlaku terhadap Siti Suhana apabila objek kecil seperti kristal keluar daripada ibu jari kaki kirinya.

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0205&pub=utusan_malaysia&sec=dalam_negeri&pg=dn_09.htm&arc=hive

keluar permata dari badan pulak!

Category: Nostalgia Kristal – Admin – 8:50 am

ALOR STAR: Seorang gadis berusia 20 tahun dari Taman Rakyat, di sini, mempunyai kelebihan tersendiri dengan mengeluarkan pelbagai jenis objek termasuk batu permata, barang kemas dan berlian dari mulutnya, sejak berusia 12 tahun.
Farah Izzati Mohd Sani, yang sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), dikatakan sudah mengeluarkan ribuan batu permata, antaranya zamrud, aked, geliga pandan, geliga ular, delima, jarum emas dan perak.

Beliau yang dikenali Puteri Berlian di kalangan penduduk kampung mampu mengeluarkan batu permata pelbagai warna serta barangan kemas, termasuk set rantai leher, kerongsang dan cincin dari mulutnya, tanpa mengira masa.

Ketika ditemui di rumahnya, semalam, Farah Izzati mendakwa setiap bulan, antara empat dan lima kali dia mengeluarkan objek berkenaan dengan purata empat hingga 15 biji permata.

Objek berkenaan tidak keluar sendiri, tetapi perlu dibantu oleh keluarga atau orang ramai yang berada di sisinya.

“Usaha mengeluarkan objek biasanya mengambil masa berjam-jam dan saya terpaksa menanggung kesakitan, termasuk luka di mulut kerana saiz dan bentuk batu permata yang tajam,” katanya.

Malah, ketika ditemui wakil Berita Harian semalam, anak sulung daripada tiga beradik itu mengeluarkan 12 berlian bersama rantai emas dalam masa setengah jam.

Beliau yang kelihatan lemah selepas perutnya senak mengeluarkan batu berkenaan, mendakwa hanya orang yang mempunyai niat baik saja mampu membantunya mengeluarkan barang berharga dari mulutnya.

“Batu yang keluar biasanya saya disedekahkan kepada mereka yang berjaya mengeluarkan dari mulut saya atau diberi percuma kepada mereka yang berhajat.
Bapanya, Mejar (B) Mohamad Sani, 47, yang kini bertugas sebagai Pengurus Pentadbiran dan Korporat Yayasan Islam Negeri Kedah, berkata anaknya itu disedari memiliki keistimewaan sejak berusia 12 tahun.

“Masa itu, kami pulang beraya ke Jeniang dan kami sekeluarga terkejut apabila mulutnya dipenuhi batu permata bercampur air liur,” katanya yang pernah merujuk perkara itu kepada ulama.

Sebelum ini, seorang gadis, Siti Suhana Saadon, dari Alor Gajah, Melaka turut mendakwa mengeluarkan 100 biji bebola kecil dari ibu jari kaki kirinya.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Nasional/20070213225901/Article/

takder saintis nak kaji ?

Sel otot manusia adalah kaca atau gelas?

Category: Nostalgia Kristal – Admin – 8:44 am

Mungkin penemuan saintis Harvard University ini dapat memberi sedikit jawapan kepada kejadian yang menimpa adik Siti Suhana yang mengeluarkan kaca dari ibu jari kakinya. Menurut Ben Harvard dari Harvard University menyatakan molekul protein yang terdapat dalam sel otot manusia adalah seperti bahagian gelas yang cair, yang sentiasa bergetar untuk mendapatkan kesesuaian. Sel-sel ini akan beransur-ansur berubah dari bentuk cecair menjadi gelas yang keras apabila frekuensi gelombang magnet ditingkatkan.

**********************
A Cellular Glass Menagerie http://focus.aps.org/story/v8/st16

Human beings are fragile creatures: Our hearts can be shattered, our emotions crushed. But a paper appearing in the 1 October print issue of PRL takes human frailty to a new level by suggesting that our cells actually resemble molten glass. This surprising finding is based on the measurement of a cell’s ability to resist when deformed. The results could be useful in understanding diseases like asthma, cancer, and infections, all of which involve a change in cells’ mechanical properties.

Some theories describe cells as elastic membranes filled with liquid–something like a water balloon. If the membrane is alternately tugged and pressed at a low frequency, the cell is springy, but at higher frequencies the liquid inside causes it to stiffen. Many researchers believe that if a cell is vibrated through a wide range of frequencies, it will suddenly become stiffer with increasing frequency over a narrow frequency spread.

But a new study questions that view. A team led by Ben Fabry of Harvard University wanted to see how smooth muscle cells (a type of cells found in the lungs and bronchi) responded to being vibrated. To each cell’s membrane they attached a 5-µm-diameter magnetic bead. When placed under an oscillating magnetic field, the bead rolled back and forth across the surface, pulling on the cell membrane at the attachment point. A video camera recorded that vibration and fed it to a computer, which used a simple algorithm to determine the motion of the bead to within 5 nm. By varying the strength and frequency of the field, the researchers could describe how the cells responded to being jostled.

As expected, the cells initially jiggled, but rather than suddenly stiffening, they gradually hardened as the frequency rose. “This result was most surprising to us,” says Fabry, because it was inconsistent with the water balloon model. Instead, the behavior resembled that of glasses, a broad category of non-crystalline materials that includes window glass as well as mixtures of liquids and particles. Fabry and his team believe that long protein molecules inside the muscle cells behave like molten glass particles, which are constantly rearranging themselves in a search for order.

“I think it’s very exciting that they seem to have found these concepts of soft glassy materials extending into biological materials,” says Peter Sollich, of King’s College in London. But, adds Sollich, the classification of living cells as a glassy material is still somewhat tentative. He believes that further research into other characteristics of the cell is necessary before a conclusion can be reached. Still, Fabry says that if he is correct, this work could fundamentally alter the way researchers regard cells. It may also help them to understand diseases such as asthma, whose origins may lie in the mechanical properties of smooth muscle cells in the respiratory system.

–Geoff Brumfiel

Related information:
Toothpaste-like materials may also be glasses: Focus story from 28 November 2000

Scaling the Microrheology of Living Cells
Ben Fabry, Geoffrey N. Maksym, James P. Butler, Michael Glogauer, Daniel Navajas, and Jeffrey J. Fredberg
Phys. Rev. Lett. 87, 148102
(issue of 1 October 2001)

http://waghih.blogspot.com/2007_01_01_archive.html