Oleh AZMAN IBRAHIM, Utusan Online
MELAKA 24 Jan 2007. – Kejadian objek seperti kristal atau kaca keluar dari ibu jari kaki manusia adalah sesuatu yang luar biasa, kata Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Melaka, Dr. Ghazali Othman.
Beliau memberitahu, keadaan itu sukar ditafsir melalui hukum akal dan fakta sains melainkan ujian yang lebih mendalam dijalankan.
Jelasnya, kes yang didakwa berlaku ke atas seorang gadis di Durian Tunggal dekat sini, Siti Suhana Saadon, 23, merupakan kes terpencil dan memerlukan pemeriksaan, kajian dan pemerhatian yang lebih lanjut.
“Dari pandangan mata kasar, ibu jari kaki gadis berkenaan kelihatan biasa sahaja. Tiada keganjilan pada tubuh badan gadis itu kecuali terdapat kesan bengkak sahaja,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika bersama-sama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Kebajikan Masyarakat dan Perpaduan Melaka, Datuk Ramlah Abas melawat Siti Suhana hari ini.
Turut bersama mereka ialah pakar perubatan keluarga dari Klinik Kesihatan Durian Tunggal, Dr. Irmi Zarina Ismail dan pakar perubatan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Dr. Nazatul Shima.
Sementara itu, Irmi Zarina berkata, gadis itu perlu menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu bagi mengenal pasti kesahihan dan punca sebenar terhadap apa yang berlaku kepada dirinya.
“Siasatan lebih lanjut perlu dijalankan dan saya difahamkan Hospital Pakar Putra berminat untuk melakukannya,” ujarnya.
Hari ini, kita lihat aqidah umat yang mengaku beragama Islam sudah terlalu rosak. Contoh mudah, fenomena perubahan cuaca yang mendadak sahaja berlaku di Malaysia akhir2 ini, mahupun bencana2 alam yg terjadi di seluruh dunia, mereka sebut dan tulis di media, langsung tidak dikaitkan dengan Allah. Istilah2 yang mereka suka gunakan adalah akibat FORCE OF NATURE, akibat Global Warming ataupun Fenomena El Nino.
FAKTA : Jika terdetik walau sebesar habuk, bahawa hanyasanya kuasa Global Warming itulah yg berperanan merosakkan, bukan atas kehendak dan kuasa Tuhan yang melakukannya, maka boleh jatuh syirik. Allah telah membuat ketentuan : iaitu apa sahaja kejadian baik atau buruk, Dia menjadikan sebabnya dahulu. Inilah yang dikatakan sunnatulah. Ertinya bukan SEBAB yang melakukannya, tetapi Allahlah yang MELAKUKANNYA. Fenomena alam ini adalah ancaman Allah kepada manusia yang ingkar. Dalam Islam, TIADA istilah yang dikatakan ‘KEBETULAN’ jika dikaitkan dengan TAKDIR Tuhan.
SOALAN : Apakah Pengajaran Allah dalam kes Suhana Gadis ‘Kristal’ ?
Perlu diingat, bila Allah menjadikan suatu makhluk, kemudian mentadbir makhluk itu, bukan sahaja makhluk yang Tuhan hendak jadikan itu sudah Tuhan tentukan dari azali…bagaimana Tuhan hendak mentadbir itupun sudah ditentukan dari azali lagi. Tuhan menentukan itu juga tiada permulaan.
SOALAN : Sebentar, apakah maksud dari azali?
Azali : Sesuatu yang tidak ada permulaan. Ia tidak dapat dibayangkan. Qadim dan azali itu sama : kedua-duanya bermaksud sesuatu yang tanpa permulaan. Ertinya bukan Allah merancang. Kalau Tuhan merancang, ada tempoh bermulanya. Sepertinya zat Tuhan yang tiada permulaan, apa sahaja yang Tuhan hendak jadikan, hendak tadbirkan, itu semua adalah ketentuan sejak azali. Bila Allah hendak menjadikan sesuatu, bila sudah terjadi, kejadian itulah yang ada permulaan. Tetapi rancangan untuk menjadikan itu, tidak ada permulaan. Kalau ada permulaan, bererti rancangan Tuhan itu sudah sama dengan makhluk yg pandai merancang. Maha Suci Tuhan…. Fokus di sini ialah, peranan ‘rabbil ‘alamin’ itu, Tuhan mentadbir bukan sesuka hati. Dia sudah menentukan sistem Nya dan Mentadbir berdasarkan sistem itulah. Kalau Tuhan rosakkan pun, atas dasar sistem itu juga. Tuhan tidak akan berbuat dengan cara lain. Walaupun Tuhan ada kuasa dan boleh mengubah apa-apa atas kuasaNya, tetapi Tuhan sudah berjanji, setiap makhluk ada sistemnya, ada sunnahnya, maka Tuhan mentadbir setakat itulah. Tidak akan terkeluar dari sistem itu. Diulang di sini, walaupun sebesar habuk itu ditentukan jatuh ke laut, ia tidak akan jatuh ke sungai! Dia hendak menjadikan suatu perkara itu sejak azali lagi, tanpa dirancang pun Dia sudah tahu. Bila diwujudkan dengan sistemnya sekali, walaupun sebesar habuk, tidak perlu diubah lagi. Tanpa silap dan tidak perlu diperbaiki. Kalau hendak diubah ertinya ada yang tidak kena. Begitu kemasnya sistemNya. Jika kita hendak membuat kereta pun, berapa kali kita kena tukar sistem. Sedangkan sistem Tuhan itu sesempurnanya.
SOALAN: Bagaimana pula dengan kelahiran Nabi Isa tanpa ayah itu yg terkeluar dari sistem yang Tuhan tetapkan?
Itu sudah ditentukan sejak azali lagi. Bukan Tuhan baru berubah niat untuk tiba-tiba menjadikan manusia tanpa ayah. Maha suci Tuhan dari berubah niat, Tuhan bukan manusia….
SOALAN : Bagaimana dengan sistem yang ‘berubah’,…eg. pengeluaran manik2 umpama kristal dari ibu jari Suhana tidak mengikut sistem Tuhan yang kebiasaan?
Memang ada kes gadis Nepal yang mengeluarkan biji2 kaca mahupun kaca2 berbentuk segitiga dari dahinya…namun kes seperti ini yang diketahui setakat ini, di kurun ini, baru sahaja berlaku pada September tahun 2006…kira2 4 bulan yg lalu. Apakah hikmah dari kejadian2 seperti itu?
Girl in far western Nepal emits ‘glass pieces’ from forehead
By J PANDEY
September 21, 2006
http://www.ufoarea.com/paranormal_emitingglass.html

Tuhan sudah membuat sunnah atau peraturan yang tidak akan berubah. Bukan mudah hendak memisahkan kefahaman yaitu : ’sebab’lah yang memberi bekas.
Kita selalu menganggap ’sebab’ itulah memberi bekas, kerana kita lihat ‘sebab’ itulah yang berperanan. ‘Sebab’ itu berperanan kerana sengaja Tuhan menciptakannya.Kalau Tuhan hendak menjadikan sesuatu tanpa ‘sebab’ pun boleh. Tuhan sudah berjanji dengan diri-Nya bahawa setiap yang berlaku, sudah sunnatullah, kena dilahirkan dengan ber’sebab’. Tuhan tidak mungkir janji. Tetapi sekali sekala Tuhan jadikan juga sesuatu tanpa ber’sebab’ dengan Rahmat Tuhan kepada hamba-hamba-Nya, supaya jangan rosak akidah. Contohnya, anak lahir disebabkan perkahwinan antara lelaki dan perempuan. Tiba-tiba Nabi Isa lahir tanpa bapa. Tuhan hendak isytiharkan bahawa dengan kuasa Allah, tanpa ayah pun anak boleh lahir. Juga kes Suhana yang memeningkan kepala pakar2 perubatan, mahupun pakar2 batu2 atau gems termasuk dari luar negara…ini di luar kebiasaan.
Berikut ini hanyalah teori kejadiannya, yang belum dapat dibuktikan in-vitro dalam sistem subjek manusia.
Menurut Dr.Ben Farbey et al dari Harvard University, menyatakan molekul protein yang terdapat dalam sel otot manusia [sel otot licin : fibroblast] adalah seperti bahagian gelas yang cair, yang sentiasa bergetar untuk mendapatkan kesesuaian. Sel-sel ini akan beransur-ansur berubah dari bentuk cecair menjadi gelas yang keras apabila frekuensi gelombang magnet ditingkatkan.
A Cellular Glass Menagerie
http://focus.aps.org/story/v8/st16

Handle with care. This mouse fibroblast cell exhibits behavior similar to that of molten glass, foams, and other semi-ordered materials, according to researchers.
Apakah sebab-sebab kaca, manik dan batu umpama ‘kristal’ itu keluar dari ibu jari kakinya? Dari manakah frekuensi gelombang magnetik itu datang dan meningkat pada diri adik Suhana hanya Tuhan yang mengetahui keajaibannya…Di alam fizikal, suhu sehingga 800 Celcius diperlukan untuk membentuk bebola2 seperti ‘kristal’ itu. Apakah sebab2 yang lazimnya logik yang membenarkan kejadian tersebut berlaku…? Di sini Tuhan mengingatkan bahawa jika Dia menjadikan sesuatu itu tidak mengikut sistemnya, maka ertinya Tuhan mahu supaya kita ini jangan rosak akidahnya… iaitu KUASA TUHAN TIADA BATASNYA….
Ini menunjukkan di dalam Islam itu, akidah sangat penting. Jalan2 ke arah syirik sangat banyak. Bukan hanya yang berkait dengan zat Tuhan tetapi juga terhadap sifat-sifat Tuhan. Kita tanpa sedar menduakan sifat-sifat Tuhan. Banyak orang jatuh syirik kerana ini. Syirik adalah dosa yang besar. Walaupun tidak jatuh kafir, tetapi ia adalah berdosa besar dan boleh membawa kekufuran. Kalau boleh membawa kekufuran, akan batal solat dan batal Islam kita. Wal iyazubillah.
SOALAN : Boleh ulang lagi ulasan pengajaran AKIDAH berkenaan fenomena cuaca?
Allah adalah Pencipta Sains dan Teknologi yang Maha, Maha Ajaib. Saintis yang ada hanyalah melukut di tepi gantang. Allah adalah Maha Pakar pencipta sistem sunnatullah ini..Saintis bangga dengan kajian mereka mengenai Global Warming, green house effect, Fenomena El Nino, yang sudah diuar2kan sejak sekian lama..s..edangkan itu semua hanyalah asbab yang diizinkan berlaku atas kehendak, atas IRADAH Tuhan…Apa yang hendak dibanggakan dengan penemuan? Silaplah jika kita mengagungkan Saintis. Saintis umpama sifakir yg terrjumpa duit yang banyak ditengah jalan, kemudian mengambilnya lalu mengaku dialah jutawan.Tuhan mentadbir bukannya tidak tentu arah. Maha suci Tuhan dari berbuat begitu. Semua itu ada…. tanpa permulaan. Akal pun tidak mampu pergi ke situ. Hanya setakat di ‘sempadan’ sahaja. Di luar permulaan itu, akal tidak boleh pergi lagi…… tetapi di sanalah………adanya Tuhan.
SOALAN : Bagaimana dengan pendapat yang mengatakan kemarahan Allah kepada manusialah yang menyebabkan SEBAB global warming itu berlaku, lantas cuaca dunia menjadi porak peranda??
Jika kita menyamakan Allah dengan makhluknya, kita jatuh syirik. Allah bukan seperti makhluk yang dikurniai emosi. Marah Allah bukan marah yang beremosi. Segala kejadian yang kelihatan akibat kemarahan dan peringatan Allah, juga menunjukkan ianya ayat2 Allah seperti gempa, banjir dll diciptakan dan dijadikan tanpa difikir2, ditimbang2, ditangguh2 …Ia dilakukan atas KeADILannya dan KeMahaBijaksanaanNya
Rujukan : Kuliah Fatihah dan Kuliah Syahadah dari Sheikh Ashaari Muhammad, tahun 2003 -2004.
Lokasi : Labuan, Sabah.
Links: Utusan Online
1. Gadis ‘kristal’ sedia diuji di rumah
2. Siti Suhana bimbang kristal keluar
Bebola ibu jari kaki jadi rebutan ( Cerita Ceritera )
Oleh Norfaisal Jahuri
am@hmetro.com.my
ALOR GAJAH: Puluhan bebola kecil berwarna jernih seperti kristal yang didakwa keluar dari ibu jari kaki kiri seorang gadis, Siti Suhana Saadon, 23, sejak Jumaat lalu menarik perhatian beberapa individu dan pengamal perubatan tradisional yang sanggup menawarkan ribuan ringgit membeli bebola berkenaan.
Tawaran berkenaan diterima ahli keluarga gadis berkenaan daripada empat individu di Kedah, Johor, Sabah dan Sarawak menerusi telefon sejak kelmarin.
Mendedahkan perkara itu, abang Siti Suhana, Rahmat Saadon, 29, berkata individu terbabit menghubungi keluarganya menerusi nombor talian telefon bimbit yang disiarkan Buletin Utama TV3.
Katanya, mereka berminat membeli bebola itu dan sanggup membayar berapa yang diminta.
“Bagaimanapun, setakat ini kami belum mengambil sebarang keputusan untuk menjual bebola terbabit kepada mana-mana individu,” katanya.
Rahmat berkata, sejak berita itu tersiar dalam media, ramai individu dari jauh dan dekat datang ke rumahnya untuk melihat kejadian itu.
Ada yang datang sejauh Pulau Pinang dan Johor, termasuk mereka yang mendakwa pengamal perubatan tradisional.
“Mereka datang seawal jam 8 pagi dan selewat jam 12.30 tengah malam, tapi kami tetap menerima kehadiran mereka.
“Sejak semalam, lebih 60 datang ke rumah kami dari pagi hingga petang untuk melihat batu itu.
“Setakat ini kami tidak pernah menghalang sesiapa datang ke rumah,” katanya.
Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang gadis, Siti Suhana Saadon, 23, dari Rumah Awam Taman Cempaka Dua, Durian Tunggal, menggemparkan masyarakat apabila puluhan bebola kecil berwarna jernih seperti kristal, dua bebola sebesar guli dan tiga hirisan kaca keluar melalui ibu jari kaki kirinya sejak Jumaat lalu.
Sejak itu, rumahnya dikunjungi orang ramai bagi menyaksikan kejadian aneh itu dengan lebih dekat.
Pakar anggap kes luar biasa
MELAKA: Pakar pembedahan Hospital Pakar Putra dekat sini, menyifatkan kejadian puluhan bebola kecil termasuk tiga hirisan kaca keluar dari ibu jari kaki kiri Siti Suhana Saadon, 23, sebagai luar biasa.
Datuk Dr A Senasi yang memeriksa gadis berkenaan semalam berkata, tiada penjelasan saintifik boleh dibuat mengenai kejadian itu.
Beliau berkata, pada mulanya dia mengesyaki kejadian itu disebabkan cengkaman kuku ke dalam isi ibu jari hingga menyebabkan ia bernanah dan nanah itu kemudian keluar dalam bentuk berbola.
Bagaimanapun, selepas ditunjukkan beberapa bebola kecil itu, beliau menolak ia berpunca daripada nanah.
Beliau turut mengakui sebagai pakar perubatan, tidak dapat mentafsirkan apa sebenarnya berlaku terhadap Siti Suhana.
Siti Suhana, 23, anak keempat daripada tujuh beradik dihantar ke Hospital Pakar Putra kira-kira jam 3.16 petang semalam selepas kerajaan negeri bersetuju membiayai kos perubatannya bagi menentukan sebab kejadian berkenaan.
Sejak dua hari lalu, ibu jari kaki kiri Siti Suhana tidak lagi mengeluarkan sebarang bebola.
Siti Suhana dijangka tinggal di hospital berkenaan selama beberapa hari lagi dan kini ibu jari kirinya dibalut dengan kain.
Sementara itu, pengamal perubatan yang juga saudara terdekat kepada Siti Suhana, Abang Julinie Abang Engkel berkata, pihaknya juga inginkan kepastian mengenai bebola itu.
Katanya, pakar perubatan perlu membuat sesuatu untuk membuktikan apa sebenarnya bebola kristal berkenaan dan ia kemungkinan penemuan baru dalam sains.
“Itu tidak boleh dinafikan kerana pelbagai perkara boleh berlaku dalam dunia ini. Semua berlaku disebabkan kuasa Tuhan,” katanya.
“Selepas membuat kajian, barulah kita boleh mengetahui apa sebenarnya bebola kristal itu. Kita juga perlu pandang secara terbuka mengenainya dan jangan memandang ia dari segi spiritual sahaja,” katanya.
Menurut Abd Julinie, bomoh atau pawang yang datang menziarahi Siti Suhana memberi pandangan berbeza-beza mengenai bebola itu dan hanya kajian daripada sains sahaja boleh membuktikannya.
Difahamkan, sebelum itu, doktor ingin membedah kaki Siti Suhana tetapi tidak dibenarkan ahli keluarganya yang hanya membenarkan darah atau ujian x-ray dibuat.
10:55 AM 2/2/2007
Gadis keluar kristal ditemubual wartawan Korea.
ALOR GAJAH: Kejadian aneh yang menimpa seorang gadis, Siti Suhana Saadon, 23, apabila berpuluh bebola kecil berwarna jernih, dua bebola sebesar guli dan tiga hirisan kaca keluar dari ibu jari kaki kirinya menarik perhatian wartawan asing untuk membuat liputan semalam.
Rumah gadis berkenaan di Rumah Awam Taman Cempaka 2, Durian Tunggal, dekat sini dikunjungi sekumpulan wartawan televisyen dari Korea bagi melihat dan merakam kejadian itu.
Wartawan seramai empat orang itu tiba di rumah Siti Suhana kira-kira jam 3 petang dan mengambil masa hampir sejam untuk menemubual dan merakam gambar bebola kecil berkenaan sebelum disiarkan dalam rangkaian televisyen negara itu.
Mereka dikatakan datang bertemu Siti selepas mendapat maklumat kejadian itu melalui internet.
Bagaimanapun, sejak lima hari lalu, tiada bebola kecil keluar dari ibu jari kaki kiri Siti Suhana tetapi difahamkan, ibu jari berkenaan kini bengkak dan kemungkinan akan keluar bebola dalam tempoh terdekat.
Kisah aneh dialami Siti Suhana disiarkan dalam akhbar ini 23 Januari lalu apabila hampir 100 biji bebola kristal, tiga bebola berbentuk guli berwarna hijau dan kelabu dan tiga hirisan kaca keluar dari ibu jari kaki kirinya.
Kejadian itu menggemparkan masyarakat di negara ini sehingga menyebabkan orang ramai berpusu-pusu datang ke rumahnya untuk melihatnya dengan lebih dekat.
Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai kejadian itu, kerajaan negeri menawarkan pemeriksaan percuma kepada Siti Suhana di Hospital Pakar Putera.
Bagaimanapun, selepas tiga hari diperiksa, pakar bedah hospital itu, Datuk Dr A Senasi gagal mengesan sebarang penyakit berkaitan kejadian aneh itu.
Tak izin ibu jari dibedah
MELAKA: “Doktor pakar boleh membuat pemeriksaan seperti mengambil darah dan membuat X-Ray tetapi tidak dibenarkan membuat pembedahan di ibu jari kaki kiri Siti Suhana Saadon.
“Ini berikutan penyakit lain akan timbul jika pembedahan itu dibuat sedangkan dia tidak mempunyai penyakit sebelum ini,” kata saudara terdekat Siti Suhana, Abg Julinie Abg Engkel.
Menurutnya, Siti Suhana dibawa ke Hospital Pakar Putra pada jam 3 petang kelmarin dan doktor yang memeriksanya ingin membuat pembedahan di ibu jari kaki untuk mengetahui penyakit dihidapinya.
“Bagaimanapun, saya dan ahli keluarga terdekat Siti Suhana melarang doktor berbuat demikian,” katanya di sini, semalam.
Siti Suhana, 23, anak keempat daripada tujuh beradik dihantar ke Hospital Pakar Putra kira-kira jam 3 petang kelmarin selepas kerajaan negeri bersetuju membiayai kos perubatannya bagi menentukan sebab kejadian berkenaan.
Menurut Abg Julinie, doktor juga sudah membalut ibu jari kaki kiri Siti Suhana untuk melihat sama ada bebola kaca itu keluar atau sebaliknya.
Bagaimanapun, sejak Rabu lalu hingga sekarang, bebola kaca itu tidak keluar dari ibu jari kaki kiri Siti Suhana.
Malahan doktor pakar, Datuk Dr A Senasi yang memeriksa gadis berkenaan menyifatkan kejadian yang dialami Siti Suhana itu sebagai luar biasa.
Sementara itu di rumah Siti Suhana, orang ramai masih tidak putus-putus datang untuk melihat bebola kaca berkenaan sehinggakan ibu Siti Suhana, Kamariah Koming, 52, tidak dapat berehat.
Difahamkan, ahli keluarga gadis berkenaan terpaksa memasang papan tanda yang mengatakan Kamariah sedang berehat dan tidak mahu diganggu buat sementara waktu.
Petikan Harian Metro
Aneh sejak kecil
Oleh Mohd Rifaat Abd Hamid
ALOR STAR: “Semua ini kehendak Allah. Kita hanya merancang dan berdoa namun Allah yang menentukannya.”
“Ini mungkin rezeki Farah Izzati kerana sejak kecil lagi mengalami pelbagai perkara aneh sejak dalam kandungan,” kata Nafisah Ismail, 47, ibu kepada Farah Izzati Mohd Sani, 20, gadis yang mengeluarkan batu permata dari mulutnya sejak berusia 12 tahun.
Semalam, Harian Metro menyiarkan mengenai ‘Puteri Berlian’ itu yang mengeluarkan batu permata dari mulut menyebabkan pejabat akhbar ini di sini, dihujani panggilan orang ramai yang ingin mengetahui latar belakang gadis berkenaan.
Nafisah, dari Taman Rakyat di sini, berkata sejak mengandungkan Farah Izzati, dia kerap mendapat pelbagai penyakit pelik hingga menyebabkan dia tidak dapat melakukan kerja harian di rumah seperti orang lain.
Katanya, ketika kandungannya berusia lima bulan, dia sering bermimpi perkara ganjil setiap malam Jumaat yang sukar diceritakan kepada saudara dan rakan yang terdekat dengannya.
“Suatu hari, ketika sedang tidur, saya dinampakkan Allah ayat al-Quran tertulis di dada langit dan kemudian bintang berkumpul di langit dan jatuh tepat mengenai paha serta perut.
“Ia kemudian mengeluarkan cahaya menerangi diri saya serta Farah Izzati yang masih dalam kandungan.
“Apa yang menariknya, sewaktu dalam kandungan saya dinampakkan rupa Farah Izzati sebelum dilahirkan,” katanya.
Nafisah berkata, mungkin semuanya ini berlaku akibat amalan yang dilakukannya ketika mengandungkan Farah Izzati kerana sering membaca al-Quran terutama surah Yasin selain berzikir selain berpuasa.
Katanya lagi, selepas melahirkan Farah Izzati banyak perkara pelik berlaku hingga menyebabkan dia sendiri seolah-olah tidak percaya dengan keupayaan anaknya itu.
“Malah, dalam tempoh berpantang, Farah Izzati sudah boleh meniarap dan empat bulan kemudian Farah sudah boleh merangkak manakala pada usia tujuh bulan pula dia sudah boleh berjalan.
“Selain itu, tragedi dipanah petir di belakang badannya ketika berusia 12 tahun ketika dia keluar ke kedai turut menimbulkan keajaiban kerana Farah Izzati langsung tidak cedera dan hanya merasa kebas,” kata Nafisah.
Sementara itu, bapanya, Mohd Sani Ahmad, 47, berkata selain mampu mengeluarkan permata dari mulutnya, anaknya itu juga kadang kalanya turut mengeluarkan wang kertas yang bernilai RM10, RM50 dan RM100.
“Duit itu selalunya akan keluar bersama air liur dalam beberapa keping secara bergulung tetapi orang tertentu saja dapat mengeluarkannya,” katanya.
Selain kejadian pelik yang berlaku pada diri Farah Izzati, dia juga kini sudah mampu mengubati pelbagai penyakit.
Harian Metro